dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pokok Sena, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Cuti Sekolah @ NADI (Jom Mewarna KIS)

25 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Mengambil kesempatan cuti sekolah yang agak panjang, beberapa program yang menarik dan interaktif telah dilaksanakan di NADI melibatkan pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Antara yang menarik banyak perhatian komuniti setempat adalah Program Jom Mewarna bertemakan Kempen Internet Selamat. Beberapa penyertaan telah diterima daripada komuniti setempat yang berminat untuk mendaftar anak-anak mereka bagi program ini.

Sebanyak 16 penyertaan telah diterima oleh NADI Pokok Sena yang mana terdiri daripada murid-murid sekolah rendah tahap satu dan juga dua yang rata-ratanya daripada sekolah terdekat. Program yang berdurasi dua jam ini telah berjaya mengarap beberapa bakat-bakat cilik yang terpendam.

Di akhir program ternyata murid-murid telah berjaya memahami konsep penggunaan internet secara selamat. Ini juga memberi peluang kepada kakitangan NADI untuk menerangkan secara ringkas tentang pentingnya penggunaan media sosial di kalangan murid-murid dan memberi pemahaman kepada mereka tentang had umur dalam penggunaan media sosial.

Program ini dilihat sebagai salah satu usaha yang sangat bagus dalam mengisi masa lapang pelajar-pelajar sekolah untuk diisi dengan kegiat yang berfaedah dan memberi manfaat yang baik. Pelajar-pelajar juga dilihat menunjukkan peningkatan dalam daya tumpuan dan fokus, di samping lebih berani untuk mencuba dalam bidang yang baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.