Mahir Jahit Minggu 12 Draf Pola Kurung Moden
4 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada minggu ke 12 peserta diberikan pengenalan teknik draf pola kurung moden yang merangkumi penentuan ukuran badan yang tepat, pembentukan pola bahagian badan, lengan, dan teknik memasang kekek/pesak untuk struktur moden.Selain itu, memberi asas kemahiran kepada peserta untuk menghasilkan pola kurung moden yang mengikut bentuk badan (fit) tanpa mengabaikan keselesaan. Melalui kelas pada minggu diharap peserta dapat menghasilkan draf pola baju kurung moden pada kertas pola sebelum dipindahkan ke atas fabrik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: